» ya! ia dari diri kamu
oleh wan ~ July 15th, 2009. Dibawah kategori: cakap sorang, cerita.ego, sarcastic (aku baru tau makna), mencari salah, so defensive, dan apaapa lagi lah. semua orang ada. tapi cara penggunaan yang berbeza. aku juga. kau juga. melihat sesuatu keadaan, kita mungkin akan fikir. itu kah kita. atau. begitu kah kita nanti atau sebelum ini.
pernah kita terlupa membaca ayat pembukaan ketika solat..? tuhan itu ada. akuilah. jika dia mahukan, maka akan terjadi (aku curi dari komen siapa ntah ayat ni..).. eh! jangan salah anggap. aku bukan ingin memberitahu bahawa aku ni solat tak tinggal. malah membaca doa qunut pun aku tak reti. jadi abaikan.
aku nak berkongsi tentang naluri dan hati. takdir dan ketentuan. juga, akal dan fikiran. andai kita tahu siapa sebenarnya kita, tidak cukup air mata untuk mengalir, tidak larat kudrat untuk berkorban. yang ada hanya lakonan kita kat dunia.
salah. sudah tentu kita selalu lakukan. tapi sedar akan kesalahan itu yang jarang kita buat. kita hidup dengan orang sekeliling, kalau tak macam mana nak tahu diri kita.. (juga ayat yang aku curik.. pencurik betul..).. setiap masa aku hanya fikir perkara yang lepas, bilanya aku nak fikir yang belum datang..? masa selepas aku fikir perkara yang lepas.
hidup aku terlalu sempurna. tuhan berikan. ada bahagia, ada seronok, ada nikmat, ada sengsara, ada kecewa, ada derita, ada suka, ada duka, ada kabur, ada macammacam. dalam satu masa, aku mampu kenangkan, fikirkan semua itu sekali. tapi pengakhiran pada masa ini. tidak aku ketahui. sama ada perlu rasa seronok atau kecewa.
perasaan. ya. memang sukar kita nak memahami perasaan orang lain. walaupun orang itu sudah berabad kita kenal. jadi kesimpulan aku, jangka masa bukan penentu keserasian hati. kesempurnaan adalah, merasai semua perasaan yang kita ada. takkan nak seronok memanjang. atau sedih selalu. apa yang aku patut katakan, kalau hidup ni asyik gembira, hidup itu tak normal.
“banyak tanggujawab awak kan..?”
- “taklah daripada apa yang awak tahu, sebab banyak lagi perkara yang tak boleh saya cerita..”
“tak, sudah kurang, tak macam dulu”
- “kenapa, bukankah itu akan menjadikan kita lebih matang. bukan untuk kita putus asa..”
“takkan semua nak fikir pasal tu”
- “buat apa ada kalau taknak fikir, baik buangkan saja”
pengalaman itu yang membuatkan aku lebih tertanya.
kenapa dia yang perlu rasa..? jawapan, kerana dia mampu. kerana dia tahu menggunakan pengalaman dia. kerana dia layak. itu kata dari tuhan.
D
)))

Che NiJuly 15th, 2009 pada 14:17
Kun Fa YA Kun.
Apa yang Allah mahu akan ia terjaya, Maka ia bisa terjadi.
Setiap masalah atau persoalan, pasti ada jawapannnya.
Cuma bagaimanakah kita praktikkan cara untuk mendapat jawaban. Masa inilah emosi dan akal memainkan peranan.
Setiap kehendak pasti ada solutionnya.
Tapi solution yang bagaimana. Tersalah langkah – u lost.
Langkah yang bijak – You’ll save.
Selebihnya – itulah dugaan daripada-Nya. Kalau takde dugaan atau persoalan, maknannya, DIA mencipta jasad tanpa hati.
Tanggungjawab – seperti selalu : aku tetap respek. aku tetap menjeling bahu engkau yg menanggung. aku tetap geleng kepala. lantas aku berbisik pada hati, Ya Allah – Kuatnya dia. Kalaulah aku….

akiraJuly 16th, 2009 pada 12:20
huuuu…
aku pun hampir utk bercerita tentang ego dalam en3 aku.
agreed pasal sume org ade ego.
just aku tepk..
adekah..ego n degil perkara yang same…
dun wori be hepi.
idup utk di nikmati..
kelazatan itu lahir dari hati yang ikhlas..
(sume ni juga utk aku juaa~!@)

wanJuly 16th, 2009 pada 12:34
ego dan degil adalah lain..
ego.. perkara yg merujuk kepada sesuatu..
degil adalah perangai.. dan ia berkaitan hati..
persamaan antara dua tu. kalau over used…

mira.armyJuly 16th, 2009 pada 13:39
ego dan degil sama2 diperlukan dalam diri manusia.. cuba kawal ia supaya kelihatan indah..
ego perlu untuk kita kelihatan bermaruah.. berprinsip.. sumtimes tampak bergaya hahaa..
degil juga perlu atas sebab yang lebih kurang sama dengan ego..
tetapi ego dan degil yang hilang kawal, hanya akan menolak segala perkara yang baik yang mahu datang kepada kita.. AWAS..

akiraJuly 19th, 2009 pada 23:45
hoh..x same ek..
hmm.. ntah laa…
so tiap orang ade kan menda tu..
tapi kekadang aku pk ade orang ego tak kene tempat.
degil jua tak kene tempat..
ntah laa.. perangai masing-masing..
manusia memang unik.
tapi as katak said.
over used tu yang kekadang wat orang keliling menyampah ! huhuhuh…

wanJuly 20th, 2009 pada 00:48
“aku yang buat blog ni.”
itu adalah ego..
“aku nak jugak buat blog ni.”
itu adalah degil..
cuba di over kan. mesti menyampah kan..???

starryJuly 22nd, 2009 pada 23:40
eiiii nyampah i tawwwwwwww